Monday, February 23, 2009

KERAJAAN SRIVIJAYA

Kerajaaan Srivijaya berpusat di daerah yang dikenali sebagai Palembang di sumatera. Pengaruhnya amat besar diatas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina. Kerajaan Srivijaya banyak di pengaruhi budaya India, pertama oleh agama Hindu dan diikuti oleh agama buddha. Srivijaya merupakan pusat terpanting agama mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kerajaan melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke 7 hingga ke 9. Kerajaan ini juga membantu menyebarkan kebudayaan Melayu ke seluruh Sumatera, Semenanjung Melayu, dan Borneo Barat. Kerajaan ini merosot pada abad ke 11 kerana telah diserbu oleh Raja Chola dari kerajaan Colamandala, India yang menyebabkan hancurnya jalur perdagangan. Serangan ke2 Raja Sri Sanggramawidjaja Tungadewa ditawan. Kerajaan Melayu Jambi dibawah naungan Srivijaya menjadikan Srivijaya taklukannya. Kekuatan kerajaan Melayu Jambi beransur pada abad ke 2. Kemudian wilayah kerajaaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, pertama oleh kerajaan Singhasari dan diakhiri oleh kerajaan Majapahit.

KERAJAAN SRIVIJAYA

Saturday, February 14, 2009

JOGLO (rumah adat jawa)

Rumah merupakan sesuatu yang penting kerana mencerminkan tempat tinggal, pakaian dan makanan. Kerana rumah berfungsi untuk melindungi dari bencana alam. Selain itu rumah tidak hanya untuk memenuhi keperluan utamanya sahaja. Tetapi digunakan untuk semua kegiatan dan keperluan yang ada di dalam rumah tersebut. Rumah jawa lebih dari sekadar tempat tinggal. Masyarakat jawa lebih mengutamakan moral kemasyarakatan dan keperluan. Lalu timbullah jati diri arsitektur dalam masyarakat tersebut. Rumah jawa merupakan lambang status bagi penghuninya dan juga menyimpan rahsia tentang kehidupan penghuninya.

Bentuk rumah jawa dipengaruhi dengan 2 cara, iaitu:
1. pendekatan geometik yang dikuasai oleh kekuatan sendiri.
2. pendekatan geofizik yang bergantung pada kekuatan alam semulajadi.

JOGLO SEMAR TINANDHU














Joglo Semar Tinandhu diilham dari bentuk tandu. Joglo ini biasanya digunakan untuk regol atau gerbang kerajaan dengan ciri-ciri:



  1. Denah berbentuk persegi panjang.
  2. bebatur, iaitu tanah diratakan dan lebih tinggi dari tanah sekelilingnya. diatas bebatur di pasang umpak yang sudah diberi purus wedokan, umpak ini akan disambing dengan tiang saka.
  3. 2 saka guru sebagai tiang utama yang menahan atap brunjung dan 8 saka pananggap yang berfungsi sebagai penyangga yang berada di luar saka guru.
  4. 2 pengeret sebagai penyangga blok tandu.
  5. memiliki tumpang 3 tingkat yang ditopang blok tandu.
  6. atapnya memiliki 4 jenis empyak iaitu empyak brunjung, empyak cocor pada bahagian atas dan empyak penanggap serta empyak penangkur di bahagian bawah.
  7. pada atap terdapat molo.
  8. menggunakan usuk rigereh, usuk di bahagian atas bersandar pada dudur sedangkan bahagian bawah tertumpu pada blok pengeret dan dipasang tegak.
  9. biasanya digunakan untuk regol (pintu masuk).

Kerana tiang utama/saka guru pada joglo ini digantikan oleh tembok sambungan, maka ruang di bawah atap yang lebih tinggi mempunyai ruang yang besar. Udara yang ada bercampur dengan udara luar, namun terasa lebih sejuk kerana ada ruang atap yang memberikan perbezaan udara antara ruang luar dengan ruang di dalam joglo.
Pada joglo semar tinandhu ini udara bergerak secara lurus melalui celah diantara 2 tembok sambungan. Pergerakan udara terjadi secara langsung pada bahagian tengah joglo ini kerana tidak di halang oleh tembok. Namun pada bahagian kanan dan kiri, udara tidak mengalir pada bahagian sisi sebelahnya, kerana terhalang oleh tembok sambungan yang sampai ke puncak joglo. Udara kembali bergerak ke bawah melalui celah menuju ruang di sebelah tembok sambungan, dan mengalir ke pelbagai arah.