Monday, February 23, 2009
KERAJAAN SRIVIJAYA
Kerajaaan Srivijaya berpusat di daerah yang dikenali sebagai Palembang di sumatera. Pengaruhnya amat besar diatas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina. Kerajaan Srivijaya banyak di pengaruhi budaya India, pertama oleh agama Hindu dan diikuti oleh agama buddha. Srivijaya merupakan pusat terpanting agama mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kerajaan melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke 7 hingga ke 9. Kerajaan ini juga membantu menyebarkan kebudayaan Melayu ke seluruh Sumatera, Semenanjung Melayu, dan Borneo Barat. Kerajaan ini merosot pada abad ke 11 kerana telah diserbu oleh Raja Chola dari kerajaan Colamandala, India yang menyebabkan hancurnya jalur perdagangan. Serangan ke2 Raja Sri Sanggramawidjaja Tungadewa ditawan. Kerajaan Melayu Jambi dibawah naungan Srivijaya menjadikan Srivijaya taklukannya. Kekuatan kerajaan Melayu Jambi beransur pada abad ke 2. Kemudian wilayah kerajaaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, pertama oleh kerajaan Singhasari dan diakhiri oleh kerajaan Majapahit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment